SyAdvance Beauty Skincare- Set Produk Kecantikan Terbaru daripada Syma Beauty Skincare
SyAdvance Beauty Skincare- Packaging baru ni cantik je. Pink! I loikkeee! :D |
SyAdvance Beauty Skincare, produk terbaru Syma Beauty Skincare ini bukanlah menggantikan Set Syma Beauty Skincare yang dah terkenal dan terbukti berkesan. Dua-dua pun boleh didapati. So, peminat SBS masih boleh menggunakan set yang lama kalau rasa sudah selesa dengannya. Kalau nak bertukar kepada yang baru pun, okay jugak. Tak de masalah. Lagi bagus. :D
Terdapat 4 produk hebat dalam Set SyAdvance Beauty Skincare ni.
1. Cleansing Gel (pencuci muka)
2. Miracle Toner (toner, guna lepas mencuci muka)
3. BB Cream (krim siang)
4. Advance Cream (krim malam)
Kelainan dan Kelebihan SyAdvance Beauty Skincare berbanding Syma Beauty Skincare
Cleansing Gel dalam bentuk cecair berbanding sabun ketul. Lebih senang digunakan, lebih mudah disimpan, lebih terpelihara daripada kuman dan bakteria, dan lebih menjimatkan.
Miracle Toner yang sebelum ini diasingkan daripada set Syma Beauty Skincare. Sekarang, toner dimasukkan dalam set kerana kepentingan penggunaan toner dalam penjaan rutin wajah.
Baby Skin BB Cream sebagai krim siang. Diperkaya dengan Glutathione, SPF60, serbuk mutiara dan Vitamin E untuk membekalkan nutrien yang mencukupi pada kulit.
Berbeza kan? Baby Skin BB Cream ni lah yang akan buat magic tetiba jadi cantik. Sesuai untuk semua tona kulit k. |
Bagi aku, dalam banyak-banyak produk, aku sangat pentingkan krim siang/foundation/krim bb. Sebabnya, produk inilah yang aku guna masa keluar berjumpa dengan orang ramai. Kalau benda lain tak best dalam sesebuah set tak pe, tapi kalau krim bb tak best, memang spoil mood. Siyes. Pilihlah BB Cream yang boleh boost kita punya confidence level. Kalau setakat nama produk je femes, tapi BB Cream mencair lepas pakai 5 minit, boleh dah kot masih tong kitar semula. Huhuu
Dengan SyAdvance Beauty Skincare, aku yakin aku takkan kecewa tau. Sebabnya SyAdvance Baby Skin BB Cream ni memang terbaik. Banyak sangat kelebihan Baby Skin BB Cream ni berbanding set terdahulu. Macam biasa, fungsi SyAdvance Baby Skin BB Cream berfungsi sebagai alas yang menutup cela di muka termasuk parut jerawat dan jeragat. Insya Allah, dengan Baby Skin BB Cream ni, memang yakin je nak keluar lambai-lambai tangan walaupun tak tepek bedak.
Penambahbaikan SyAdvance Baby Skin berbanding Syma Day Cream
- Tekstur lebih lembut untuk memudahkan sapuan dan rataan pada kulit wajah
- Lebih senang meresap ke dalam kulit untuk efek lebih glowing
- Mengandungi SPF60 untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB matahari
- Mengandungi serbuk mutiara untuk kulit lebih bersinar dan lembut secara semulajadi
- Mengandungi Glutathione sebagai anti-oksidan dan detoks kulit
- Membekalkan nutrien dan vitamin E pada kulit
- Melembapkan dan mengimbangi penghasilan minyak yang berlebihan
MAKLUMAT LANJUT SMS/ WE CHATT 0127483550
Tiada ulasan:
Catat Ulasan