KETAHUI MENGAPA ASID FOLIC PENTING SEMASA HAMIL-
1 STRIP RM 3.50 ( 10 TABLET )
3 STRIP RM 9 ( 30 TABLET)
SMS MR AJAI 012-7483550
Asid folic atau folate dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting untuk membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang telah rosak dalam sel. So, ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Kalau si ibu kekurangan asid folik kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.
Kepentingan Asid Folik
- Mengurangkan kecacatan saraf tunjang [neural tube defect] seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang [spinal bifida]
- Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah [anemia].
- Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
- Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi seperti Sumbing lelangit (cleft palate), Kecacatan pada jantung (congenital heart disease), Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
Siapa yang perlukan Asid folik
- Asid folik diperlukan oleh semua wanita yang berumur 14 - 44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
- Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
- Merawat kesuburan pada lelaki
Waktu Pengambilan Asid Folik
Untuk wanita yang merancang untuk hamil, ambil asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Untuk wanita yang telah hamil pula, dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama.
Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
Dos Asid Folik yang diperlukan.
- Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
- Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari
Kepentingan Asid folik untuk Kesuburan Wanita
Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di tanam ke dalam rahim.
Sumber Makanan yang mengandungi Asid Folik
- Hati ayam
- Daging, ayam, telur
- Kekacang
- Beras perang, barli, oat
- Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-laiN
SMS / WHATSAPP 012- 7483550
Tiada ulasan:
Catat Ulasan